pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 19, 2012

Akhirnya Parasit Anwarinas dalam UMNO letak Jawatan..

"Tok Sheikh Kadiaq takut pecah tembelangnya untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Tribunal Lembaga Displin Parti UMNO.akhirnya meletak jawatan

Akhirnya penantian yang di tunggu2 oleh ahli UMNO datang jua. Apabila Kadiaq meletakkan jawatannya dalam UMNO seterusnya mengurangkan parasit dalam parti.

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik,Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat,” ujarnya.

Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu.

Pisau Kedah:-

Patutnya Tok Sheikh Kadiaq ni letak jawatan awal lagi. Ni dah kena halau macam anjing baru terhegeh2 nak letak jawatan. Pi la Kadiaq oii.. jangan nasib hang jadi macam Zaid Ibrahim sudah la.. baru menyesal tak sudah.

Lepas ni puak Pakatan Haram boleh la ambil Tok Sheikh Kadiaq ni,dok dalam UMNO hanya menjadi parasit sahaja,

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog