pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, March 8, 2012

Kemelut Kedah tidak pernah selesai kerana Anwarinas masih mempunyai kuasa.

Kini Kedah mempunyai sejarah tersendiri,apabila Menteri Besar ibarat tunggul dalam satu pentadbiran negeri.walau hak mutlak sebenarnya berada di tangan Menteri Besar.ini menampakan kejayaan puak-puak anwarinas sudah berjaya dalam peperangan sesama sendiri di dalam parti PAS.Sikap puak anwarinas memang cukup nyata menolak pemimpin yang bersikap perpaduan sesama umat islam walau berbeza dasar parti,menolak pemimpin yang pro kemelayuan dan menolak pemimpin mendokong sistem raja-raja.

Kejayaan puak-puak anwarinas tidak akan berhenti memberi tekanan kepada Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak.kerana niat puak anwarinas inggin melihat politik DS Azizan Razak di kuburkan dalam dunia politik kerana sikap lantang Azizan menolak PAS berterusan di perkudakan Anwar.

Walau pun kuasa mutlak Menteri Besar itu sudah berjaya di kawal oleh PAS pusat,dengan mewujudkan jawatankuasa pemandu Pas Pusat.selagi DS Azizan Razak tidak terkubur politiknya,selagi itu lah ketidak puasan hati puak anwarinas..walau pun ketika ini hanya menampakan perang dinggin,tetapi hasrat puak anwarinas menjatuhkan Azizan tidak akan berhenti begitu saja.ketika ini puak anwarinas telah mengatur strategi bagai mana inggin melancar perang terhadap Azizan demi memastikan selepas PRU 13,Azizan tidak mempunyai kuasa dan kuburkan dunia politik Azizan.

Petiakan dari Utusan Malaysia

"Dewan Ulama Pas Kedah meminta semua pihak menghormati pandangan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak lagi mempunyai kuasa mutlak bagi mentadbir Kedah.(maka tersenyum lah puak-puak Anwarinas)

Ketuanya, Syeikh Mohamad Abdullah berkata, semua pihak perlu mengamalkan
pendekatan bermusyawarah dalam membuat sesuatu keputusan terutama yang
melibatkan kemaslahatan umum. "Dewan Pas Kedah berpendirian kemelut yang berlaku telah dianggap selesai dan dua Exco terlibat sudah pun bersetuju untuk menerima semula jawatan itu."Kedua-dua belah pihak menganggapnya selesai maka kini yang penting ialah semua ahli perlu mengutamakan perjuangan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pas pusat semalam yang mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, dua Exco menerima semula jawatan mereka dan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat ditubuhkan bagi memantau kerajaan negeri.-utusan

PAS pusat hanyalah satu badan parti politik yang bukan mentadbir kerajaan pusat..sememang tidak ada hak untuk PAS pusat menyampuri urusan Menteri Besar Kedah walau pun dalam satu parti.kerana Menteri Besar telah di beri kuasa mutlak untuk mentadbir Negeri.Langkah yang di ambil mewujudkan Jawatankuasa pemandu Pas Pusat bukanlah satu tindakan yang bijak kerana menarik hak kuasa mutlak yang di berikan kepada Menteri Besar sesebuah Negeri.ini telah membuat PAS pusat melanggar hak pentadbiran sesebuah Negeri.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog