pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, March 28, 2012

lagi Pendedahan berkenaan Ladang Rakyat



Team Media Kedah  pernah menceritakan mengenai penipuan kerajaan Pas Kedah perihal Ladang Rakyat, atau yang depa panggil Ladang Sejahtera. Nak baca boleh klik SINI. Namun ia di jawab semula oleh pihak Pas yang mengatakan tiada penipuan dalam pembalakkan tersebut dan mereka hanya mengikut apa yang di tenderkan kerajaan BN terdahulu.



JAWAPAN OLEH SETIAUSAHA MB - SANUSI MOHD NOR

Projek ini mendapat soft-loan dari Kementerian komoditi utama, Dato Peter Chin. Difahamkan softloan berjumlah 27 juta. Bila kerajaan berubah, projek asal dibatalkan kerana tender tidak telus, dan negeri tak dapat hasil apa2. Projek baru diletakkan di bawah Kedah Agro (agro plantation) yg mengubah projek asal kepada ladang rakyat yang dinamakan ladang sejahtera. Lepas 20 tahun, balak akan ditebang untuk kayu dan sebelumnya, ditoreh untuk susu. Semua hasil susu akan diagih kepada peserta ladang sejahtera dari seluruh negeri kedah setiap tahun. Ini komitmen kita untuk rakyat.


Walaupun Team Media Kedah sudah mendapat jawapan dari Sanusi, namun masih ada kemusykilan.

Hmm..








Semasa perasmian Ladang Rakyat di Mukim Kupang, Baling. Orang ramai dikaburi dengan penyerahan wang  FELCRA kepada peserta E-SINAR atas pemberian wang kepada rakyat termiskin. Bantuan kerajaan terpilih kerajaan negeri kepada rakyat.

Pada mulanya, Team Media Kedah pun ingat penduduk kampung yang menerima wang tu ialah peserta Ladang Rakyat. Namun selepas di siasat, mereka sebenarnya penduduk kampung yang tidak ada kena mengena langsung dengan Ladang Rakyat yang di panggil untuk menerima wang bantuan.

Kenapa acara di ubah penyerahan wang bantuan.. kenapa tak serahkan duit ladang rakyat kepada peserta?

Sudah la wang bantuan E-Sinar tu hasil wang dari FELCRA (satu agensi kerajaan pusat). Di mana wang kerajaan negeri?

Di mana wang berjuta-juta yang diperolehi dari hasil balak?

Lagi satu, siapa peserta Ladang Rakyat?

Benarkah sudah ada peserta Ladang Rakyat?

Atau Ladang Rakyat di cetuskan apabila penduduk kampung bising mengenai kegilaan pembalak Pas Kedah menebang balak di Gunung Inas?

Gunung Inas sudah botak di kerjakan oleh pembalak, hasil "BALAK ANUGERAH" dari kerajaan negeri dan di halalkan pula dengan "PROJEK LADANG MENIPU RAKYAT".


Namun peserta hasil dari Ladang Rakyat, seorang pun kita tak tahu. Entah wujud, atau tidak.


Boleh Pas Kedah terangkan perkara ini bagi jelas?


Apakah ada penipuan terancang mengenai hal ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog