pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, March 16, 2012

Panas !!! Lagi Projek Babi di Kedah.


Panas!! Pendedahan terbaru,projek Babi di Kedah

Pada penghujung 2008 Kedah di kejutkan dengan projek agro iaitu ladang babi moden yang hendak di lakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS di Bukit Selambau,ianya melibatkan 160 hektar tanah yang hendak di bangunkan untuk di jadikan ladang komersial ladang penternakan babi moden,namun ianya mendapat bantahan keras penduduk di sekitar kawasan Bukit Selambau yang telah membuat projek berkenaan gagal di laksanakan.
Setelah isu Ladang Penternakan babi moden pada tahun 2008 reda,kini timbul pulak satu lagi projek yang di pohon satu persatuan di Kedah iaitu projek pusat penternakan dan sembelih babi yang berkeluasan lebih dari 3 hektar,yang hendak di bangunkan di satu kawasan yang bernama Sungai Toh Pawang,Bedong,Kedah.berhampiran dengan kawasan perumahan PPRT yang majoritinya Melayu.
Pemohonan untuk membuka pusat berkenaan yang di lakukan "Persatuan Peniaga-peniaga Babi Kedah " telah pun di terima pihak berkuasa tempatan MPSP(K) namun hanya menanti kelulusan dari Jabatan Kerja Raya(JKR),Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah.sekiranya ke tiga-tiga jabatan berkenaan meluluskan,besar kemungkinan tiada halangan dari Pihak Berkuasa Tempatan MPSP(K)
Pesoalannya,apakah Kerajaan Negeri Kedah akan menyokong dan memberi kebenaran terhadap projek yang boleh di katakan agak besar?,jika kita renung kembali kisah lama yang berlaku pada tahun 2008,Kerajaan Kedah pentadbiran PAS cukup berminat dengan projek penternakan Babi,kerana "Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak, dan PAS Kedah mungkin akan merasa bangga dengan kejayaan projek Agro berkenaan.
Pisau Kedah :-
Kenapa ye,Persatuan peniaga-peniaga daging babi Kedah masih berterusan berhasrat membuat projek babi besar-besaran? Adakah pada PRU 12 hari tu,demi mendapat undi ahli persatuan berkenaan,Pakatan Haram telah berjanji pada persatuan berkenaan untuk meluluskan projek berkenaan sekiranya Pakatan Haram perintah Kedah?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog