pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 26, 2012

Panas!! Penyokong kuat Pas Pulau Pinang tinggalkan PAS






GEORGETOWN - Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.

Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.

Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," katabeliau pada sidang media di sini petang ini.


Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu.

Ditanya sama ada akan menyertai Barisan Nasional (BN) jika ditawarkan, Ooi berkata, ia akan dipertimbangkan.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas menjangkakan akan menurunkan lebih ramai calon bukan Islam pada PRU13.
Berikutan langkah itu, kepimpinan Pas di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sawarak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuk meletakkan calon dari DHPP untuk bertanding. -sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog