pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, March 16, 2012

Panas !!! Rafizi Ramli terpaksa minta nyawa dari Anwar kerana terkantoi Fitnah



Rafizi Ramli tercungap dalam video di bawah memberi kenyataan kononnya penyalahgunaan duit rakyat oleh Perdana Menteri, dalam majlis pertunangan anak beliau. Apa yang lucunya, Rafizi hanya mampu mengemukakan bukti dalam bentuk BEO, bukan RESIT PEMBAYARAN - yang lebih jelas boleh digunapakai sebagai bahan bukti jika benar berlaku penyalahgunaan wang dari PMO.



Banquet Event Order (BEO) tidak boleh dikelaskan sebagai bahan bukti kerana jumlah dalam notis tersebut boleh saja dibatalkan atau diubah kerana majlis belum lagi bermula. Sepatutnya Rafizi mengemukakan RESIT PEMBAYARAN jika dia benar2 mahu membongkar sebarang penyalahgunaan wang.

Kenapa 'wanita misteri' kakitangan Shangri La hotel hanya memberikan BEO kepada Rafizi tetapi bukan RESIT PEMBAYARAN... adakah dia ingin mempermainkan Rafizi yang mungkin telah berhabis banyak wang rasuah untuk membawa keluar BEO yang dianggap P&C itu ke tangannya?

Mudah sekali Rafizi diperbodohkan dengan bahan yang tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh dan senang saja dimanipulasikan menggunakan perisian komputer.

Untuk pengetahuan, sosok wanita tersebut tidak akan menjadi sebarang misteri lagi bila identitinya akan didedahkan nanti (Tunggu masa yang sesuai). Jikapun siasatan ke atas wanita tersebut belum tentu dapat merungkai segala persoalan, mungkin tindakan sebegini akan menjadi pengajaran kepada mana2 kakitangan awam atau swasta supaya mereka faham etika & tahap kerahsiaan di dalam sebarang urusan atau perniagaan.

Melalui RESIT PEMBAYARAN barulah boleh dijelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan oleh PM untuk majlis pertunangan anak beliau. Juga boleh menjelaskan siapakah sebenarnya yang membuat pembayaran tersebut, Pejabat Perdana Menteri atau (wakil) Perdana Menteri sendiri.

Gua harap PM tak perlu melayan tuntutan Rafizi kerana tindakan tersebut akan merendahtarafkan PM seperti balaci Anwar yang seorang ini. Biarlah dia berhabis masa & wang untuk mengorek RESIT PEMBAYARAN pula sebab mereka ini memang terlebih masa lapang, takde kerja yang lebih penting untuk disumbangkan kepada rakyat jelata.

Nyata sekali Rafizi selaku Pengarah Strategi PKR ketulahan lagi strateginya bila gagal mendapatkan RESIT PEMBAYARAN bagi membuktikan semua pendedahannya adalah benar, bukan wayang spekulasi menggunakan salinan BEO yang yang hanya boleh dipercayai oleh sibangang2 dalam PKR/ Pakatan Rakyat!

baca juga mengenai hal ini di
 



Ini Kisah Kehidupan Rafizi yang telah di rongkaikan
Sumber :-klik sini

Dalam keadaan politik semasa, kisah itu sesuai diaplikasikan dengan situasi yang sedang dihadapi Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang beberapa kali dibuktikan menipu dalam beberapa siri tuduhan yang dibuatnya ke atas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan. Terbaru sudah tentulah dalam soal penganjuran majlis pertunangan anak Perdana Menteri yang didakwa Rafizi menggunakan wang rakyat tetapi telah dibuktikan tidak benar oleh Pejabat Perdana Menteri dan pihak Hotel terlibat sendiri. 

Pendek kata, Rafizi secara relatifnya sudah hilang ‘sentuhan’ sebagai ‘ikon pendedahan’. Penipuan dan putar belitnya sebelum ini akan menggelapkan lagi masa depannya dalam politik negara. 

Jika Rafizi benar-benar kisah dengan cara wang rakyat dibelanjakan, Rafizi perlu melihat pelbagai jenis salahguna kuasa dan perbelanjaan tidak perlu yang berlaku dalam Yayasan Selangor – negeri yang membayar gajinya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim (dikhabarkan RM 25,000 sebulan) 

Banyak maklumat yang terdedah sebelum ini membuktikan bagaimana mudahnya wang Yayasan Selangor mengalir keluar untuk tujuan tidak penting, dalam jumlah yang tidak masuk akal juga. Contohnya, pembayaran wang sejumlah RM 1 Juta untuk penganjuran Majlis sambutan ulang tahun ke 40 Yayasan tersebut, sehingga mendapat teguran Sultan Selangor sendiri. 

Terbaru dan paling menonjol, dalam sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) pada 7 Mac 2012 yang lepas bila Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki mendedahkan bahawa Yayasan tersebut turut membiayai penganjuran majlis yang ada kaitan dengan aktiviti politik Anwar Ibrahim. 

Soalannya, atas kapasiti apa pula wang Yayasan Selangor digunakan untuk majlis yang berkaitan dengan aktiviti politik Anwar? Jika pun alasannya Anwar mempunyai hak tersebut atas kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, kenapa pula Yayasan Selangor yang ditanggungjawabkan untuk membayarnya? 

Yayasan Selangor tidak ditubuhkan untuk menanggung pembiayaan majlis politik Penasihat Ekonomi Negeri sebaliknya membantu pelajar-pelajar miskin di negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jawatan itupun hanya wujud dalam zaman pentadbiran Pakatan Rakyat, malah tidak wujud dalam perlembagaan negeri pun. Ia ditubuhkan semata-mata untuk melonjakkan imej Anwar sebagai ‘pakar ekonomi’ disamping memberi kerja dan gaji kepada aktivis politik PKR yang tidak layak untuk diserapkan dalam mana-mana jabatan dibawah pentadbiran kerajaan negeri. 

Justeru, kewajarannya wang Yayasan Selangor digunakan untuk tujuan ini amatlah mencemarkan imej kerajaan negeri itu sendiri. 

Secara peribadi, penulis melihat pengakuan Ilham Marzuki ini adalah bukti salahguna wang rakyat yang serius kerana kerajaan negeri Selangor adalah pentadbir yang diamanahkan untuk menguruskan Yayasan Selangor, termasuk menyumbangkan wang kerajaan negeri ke dalam tabung Yayasan tersebut. 

Nampak sangat Rafizi lebih gemar mengukur salah silap kuman diseberang laut tapi menutup mata dengan tahi gajah yang membusuk dihadapannya. 

Jika itulah kebenarannya, maka lebih baik Rafizi bersara dari politik dan mencari karier yang lebih sesuai kerana jelas sekali kredebilitinya sebagai ahli politik sudah hancur sama sekali. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog