pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 26, 2012

PAS bukanlah parti pilihan rakyat Kedah

cerita panas Ahli PAS masuk UMNO..

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah  angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Ahli Parlimen Sik kenal tak wanita ini ??? bukankah wanita ini adalah Ibu Saudara Ahli Parlimen Sik....bukan kah wanita ini pernah menyuap makan dan basuk punggong Ahli Parlimen Sik,,Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12,,pernah tak sekali Ahli Parlimen Sik jejak kaki melawat wanita ini yang pernah satu ketika menjaga Ahli Parlimen Sik?? sedangkan wanita ini bercerita pada Team Media Kedah walau pun Ahli Parlimen berceramah berhampiran rumah wanita ini,,sekali pun tak pernah di ziarahnya... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malahan adalah penyokong kuat PAS dan juga Ahli Parlimen Sik di masa PRU 12,

Abdul Wahab Shaari

Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua,Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua,Sik.Kedah..
dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut,,BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini Pisau Kedah rasa berbangga,,di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik,,pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO,dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik,,dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS...

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua,merupakan Ahli PAS sejak azali lagi,,niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama,,setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik,Adun Jeneri dan juga MKK,, tapi keingginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan,,tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah,sedang pernah sekali ceramah di adakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun,dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan,,namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan merupkan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Taijudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan juga Abg Man,,merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua keluar darah hijau,,begitulah perumpamaan yang Pisau Kedah berikan,,bertapa hard core nya mereka bersama PAS,,namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar memperjuangkan Islam,,tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS..

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar,Mukim Teloi Tua,Sik.dan menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya BN menjejak kaki di tempat berkenaan,,Di sini Pisau Kedah juga nak memperinggati UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik,,jangan lupa jasa mereka ini,,kerana jasa mereka,,seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS,,dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan..semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juda Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,



2 comments:

Komeng Al-Qadahiyah said...

Tahniah Dato' Tajudin

Mohon tuan linkkan blog saya http://komeng-al-qadahiyah.blogspot.com/

Fauzi Hamid said...

ok terima kasih kerana sudi memohon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog