pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, March 17, 2012

PAS kini menuju ke jalan kehancuran,,sila ikuti video apa yang di perkatakan Ustaz Nor Idris


Orang PAS dengan penuh bangga dan sombong mendakwa hanya parti mereka sahaja Islam.Selain daripada dari mereka semuanya di anggap toghut dan parti Jahiliah.Oleh sebab itu mereka berani mendakwa,siapa yang menyokong dan mengundi parti PAS di anggap jihad,dapat pahala dan masuk syurga.

Sebenarnya,jika kita buat analisis dengan secara halus dan di nilai dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran,al-sunnah,Ijma dab Qias,Kita dapati tidak banyak perbezaan di antara parti PAS dengan parti-parti politik lain.Cuma apa yang jelas lebihnya mereka (PAS) ialah stail bercakap para pemimpinnya dan tempikan " Allahu Akbar" pengikutnya.

Dalam Perlembagaan PAS,di sebut pada Fasal 4 ; " Seruan PAS ialah Allahu Akbar".Jadi mereka sering sahaja bertempik dengan kalimah "ZIKIR" yang perlu di ucapkan dengan penuh beradab.Menurut adab berzikir dalam Islam,bukan dengan cara tempikan,tetapi dengan nada rendah diri dengan penuh tawadhuk.

Cuba kita sama-sama merenungkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis sepert berikut :

Firman Allah S.W.T  dalam surah 17,Mariam ayat 3,bermaksud ; " Tatkala dia (Nabi Zakaria) berdoa kepada Tuhan-Nya dengan suara yang lunak ( Lembut dan merendah diri )"

Allah S.W.T berfirman,maksudnya : "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,juga rendahkan suaramu,sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai (menjerit-jerit)"

Rasullulah S.A.W mengingatkan dengan sabda Baginda : "Wahai manusia,tahanlah (rendahkan suaramu ketika menyeru Tuhan mu) untuk dirimu (yang kamu sendiri sahaja yang mendengar),kerana kamu tidak menyeru Tuhan yang tulu dan yang jauh darimu,tetapi kamu menyeru Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat,dan Dia selalu bersama-samamu" (Riwayat Muslim)


Tetapi Pas telah menyalah gunakan maksud dalam Perlembagaan PAS Fasal 4 : "Seruan PAS ialah Allahu Akbar".Maksudnya,ialah seruan untuk membesar,mengagungkan dan mengutamakan hukum hakam Allah S.W.T.

Tetapi bagaimana pulak perlaksanaannya??PAS gunakan kalimah itu sebagai "tempikan" sahaja.Tempikan secara yang tidak beradab dan tidak kena pada tempatnya.Pada masa kempen politik dan ketika mengumpat dan mengutuk sesama Islam,para hadirin pun bertempik dengan kalimah "Allahu Akbar" secara langsung mereka telah mencemarkan Kalimah Suci yang sepatutnya di ucapkan dengan penuh rendah diri (Tawadhuk)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog