pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, March 14, 2012

Terbukti PAS Kedah gagal dalam menepati janji-janji manifestor ke12- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah,Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah



Peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan PAS pusat bagi memastikan perlaksanaan manifesto PAS Kedah membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS gagal menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan.



“Benarlah seperti yang Barisan Nasional sebut sebelum ini PAS Kedah gagal menunaikan janji manifesto sehingga jawatankuasa berkenaan perlu memantau kerajaan negeri supaya dapat melaksanakan apa yang dijanjikan,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Apabila PAS mahu memantau kerajaan PAS supaya melaksanakan manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan PAS Kedah mentadbir negeri dengan baik,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


Beliau mengulas pengumuman PAS semalam tentang penubuhan jawatankuasa pemandu yang dianggotai lima pemimpin PAS dengan diketuai Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman.Antara peranan jawatankuasa berkenaan memberi nasihat kepada kerajaan PAS Kedah tentang perlaksanaan manifesto Pas.

Ahmad Bashah berkata jawatankuasa pemandu itu tidak lebih hanya sandiwara politik bagi mengaburi mata pengundi seolah pertelingkahan dalaman PAS Kedah sudah selesai.Apabila melihat senarai jawatankuasa berkenaan serta skop peranan mereka, saya tidak melihat ada tindakan serius menyelesaikan keadaan, tambahan lagi jawatankuasa itu dianggotai “pemandu” dari luar yang tidak memahami selok belok politik Kedah, katanya.

“Saya juga hairan dengan perubahan peranan, awalnya mereka berkata menasihati pentadbiran kerajaan PAS Kedah, sekarang mereka berkata memastikan perlaksanaan manifesto pula,” katanya, sambil menegaskan jawatankuasa itu sebenarnya tidak perlu ditubuhkan.
“Rata-rata rakyat Kedah menolak tindakan Pas menubuhkan jawatankuasa mengawal kerajaan negeri, malahan saya difahamkan dalam Pas sendiri ada yang menolak tindakan menubuhkan jawatankuasa berkenaan,” katanya.

Pisau Kedah :-

PAS Kedah munafik,berjanji tidak tepati

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog