pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 5, 2012

Wow!!! Ostaz Khalwat dedahkan siapa dalang yang merancang dia kena tangkap Khalwat ....Kantoi UMNO

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya."Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya."Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan."Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang tadi Badrulamin hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Pisau Kedah:-

Dah tahap gelabah gila dah Ostaz Khalwat,sebelum ni kata dia di pukul sehingga 20 orang samseng yang di bawa suami wanita berkenaan untuk memukulnya,bila tenggok muka tak ada lebam-lebam pun,ilmu kebal apa yang di gunakan Ostaz Khalwat??.kalau manusia biasa yang tak ada ilmu kebal pasti check in bilik ICU Hospital,20 orang o,oo,o bukan 2,3 orang yang pukul Ostaz Khalwat,.

Kehebatan 20 orang samseng tu pun bukan calang-calang orang kalau kita perhatikan,,ye la sampai CCTV laluan dalam hotel tak dapat mengesan kelibat 20 orang samseng masuk untuk memukul Ostaz Khalwat,sehinggakan pihak hotel pun kebinggungan mencari tanda tanya bagai mana CCTV yang begitu canggih di pasang tak dapat melihat kelibat 20 orang yang memukul Ostaz Khalwat..mungkin geng samseng 20 orang tu memukau CCTV (CCTV boleh kena pukau ka ?? )

Best gila bila ada seseorang yang sanggup menempuhi perjalanan sejauh beratus kilometer hanya kerana nak mendapat kaunseling Ostaz Khalwat,selepas 3 hari wanita berkenaan berada di hotel berkenaan,mungkin secara kebetulan wanita berkenaan datang dari jauh dan terjumpa Ostaz Khalwat di hotel berkenaan tanpa ada perancangan sebelum itu..

Mungkin Ostaz Khalwat bertuala lembab pun juga perancangan UMNO,,UMNO yang suruh tuala lembab tu membaluti badan Ostaz Khalwat.dalam erti kata lain tuala lembab yang memakai Ostaz Khalwat,bukannya Ostaz Khalwat memakai tuala lembab tu ketika di tangkap..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog