pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, December 3, 2012

Semangat Pengamal Media Sosial Berkobar-Kobar Kerana @NajibRazak @Zahid_Hamidi @Khairykj @ustazfathulbari @tunfaisal : Terima Kasih Menghargai Cybertrooper


Terlebih dahulu Pisau Kedah hendak minta maaf di sebabkan blog Pisau Kedah tak dapat hendak kemas kini selama dua hari di sebabkan kesibukan menjalankan tugas di Himpunan Agung UMNO 2012 yang di adakan bermula 27 hb November sehinggalah 01 Desember 2012.

Pada perhimpunan kali ini merupakan himpunan yang paling bermakna bagi Pisau Kedah dan sahabat blogger dan pengamal media sosial yang lain apabila satu pengiktirafan telah di berikan oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, DS Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO serta yang paling bermakna bagi Pisau Kedah apabila Presiden UMNO, DS Najib Razak sendiri memberi penghargaan kepada pengamal media sosial dan yang pro kepada BN/UMNO.

Tak lupa juga Pisau Kedah kepada Ustaz Fathul Bari yang menghargai peranan Media Sosial membongkar dan memerangi dakyah-dakyah yang negatif terhadap UMNO di dalam ucapannya.

Bagi Pisau Kedah, blogger yang berada di bawah naungan Unit Media Baru (UMB), pegerakan Pemuda UMNO Malaysia yang di kelola oleh Tun Faisal. Penghargaan ini adalah pertunjuk kejayaan yang telah di lakukan hasil usaha keras Tun Faisal membantu para blogger UMB selama ini.

Bagi para Blogger yang tidak bernaung bawah UMB, penghargaan ini juga satu pertunjuk kejayaan anda sebagai pengamal Media Sosial di dalam membantu UMNO di dalam berhadapan dengan tomahan fitnah yang di lemparkan serta membongkar penipuan dan kezaliman yang telah di lakukan Pakatan Haram.

Ayuh la para pengamal media sosial yang pro kepada UMNO, bersatu la hati di dalam menghargai semangat yang di berikan Presiden UMNO serta para pemimpin dalam UMNO setelah menghargai peranan yang di lakukan pengamal media sosial.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog