pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 16, 2013

Hot !!! Tindakan U-TURN Hadi Awang Memalukan PAS


Nasi sudah menjadi bubur untuk Hadi Awang nak buat U-TURN dengan pendiriannya sebelum ini membenarkan tuntutan DAP yang mahukan kalimah Allah di guna pakai dalam Bible Versi Bahasa Melayu tanpa mengambil kira pandangan dari Majlis Syura Ulama PAS. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura UIama parti itu kelmarin dan beliau senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditanda tangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Bagaimanapun Abdul Hadi gagal dihubungi sebaliknya memberikan respons itu menerusi pembantu Khasnya, Zaihan Daud ketika dihubungi di sini hari ini sambil mengesahkan Presiden Pas itu ketika ini kurang sihat.

Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah telah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama. - Bernama.
Mengapa Hadi Awang membuat keputusan bersama Majlis Fatwa Pakatan Haram yang di ketuai Anwar Ibrahim tempoh hari, Hadi Awang tidak mengguna pakai pandangan Majlis Syura Ulama PAS ?

Bukankah sepatutnya dalam dasar parti PAS, sebelum membuat keputusan berkenaan agama Islam, pemimpin-pemimpin PAS perlu bermuzakarah terlebih dahulu di dalam Majlis Syura Ulama PAS sebelum membuat keputusan yang mewakili parti.

Nampak sangat dalam isu kalimah Allah, Hadi Awang membelakangi Majlis Syura Ulama PAS di dalam membuat keputusan bersama-sama parti lain dalam Pakatan Haram tempoh hari. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog