pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 8, 2013

Tu Dia !!! Blogger Pencacai Pakatan Haram Kantoi Menjilat Khalid Ibrahim

Ini gambar lakonan ke?

Ada seorang blogger pro Pakatan Haram mempertikaikan laporan berita TV3 tentang gangguan air di Selangor. Kononnya TV3 menipu berita tersebut. Blog tersebut mendakwa, TV3 'mengkitar semula' berita gangguan air di Johor dan mengada-adakan cerita tentang gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang.

Apa yang menyedihkan, bukti blogger tersebut hanyalah paparan gambar lori air Syarikat Air Johor (SAJ). Hanya berdasarkan bukti tersebut, blogger itu mendakwa TV3 menipu dan Selangor sebenarnya tidak mempunyai gangguan air yang serius.
Artikel FITNAH terhadap TV3

Tidakkah blogger tersebut membuat kajian memahami isu terlebih dahulu, sebelum menghentam dan mendakwa tiada gangguan air di Selangor? Sebelum ini ada akhbar dan notis pekeliling yang dikeluarkan Syabas tentang gangguan air, apakah itu dianggap satu penipuan.

Samalah macam ketua Pakatan Haram ni, main redah jer.. Ketua Pakatan Haram yang juga Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1, tak payah lah sebut nama pun orang dah tahu, boleh pulak gesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin segera selesaikan masalah gangguan bekalan air dan henti menyalahkan Kerajaan Selangor.

Nak baca berita bangang tu boleh baca kat SINI

Betul lah, blogger puak Pakatan ni mana nak reti baca akhbar lain selain dari Harakah, ketua dia pun sama bengap. Jadi kepala otak dorang pun blur dan sentiasa padat dengan fitnah. Sebab tu minda puak ni tak terbuka, benda yang betul pun dikata tipu, kalau yang tipu tu (harakah) sungguh-sungguh dia percaya.

Untuk pengetahuan blogger tersebut, Syabas ada meminta bantuan daripada negeri jiran membabitkan 16 lori tangki air dari Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Lori air yang dipinjam itu untuk menampung usaha mereka mengawal kawasan gangguan air agak besar.

Syabas terpaksa menggerakkan 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas, semuanya akibat kerosakan di dua rumah pam, yang menjadi punca krisis air di ibu negara baru-baru ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred menjelaskan keadaan itu berlaku akibat kegagalan rumah pam air di Wangsa Maju untuk berfungsi setelah memproses air terawat secara berlebihan.

Beliau memberitahu, sejak 2 Januari, SYABAS turut mendapat bantuan daripada Lembaga Air Perak (empat lori tangki), Syarikat Air Melaka Berhad (dua lori), Syarikat Air Johor (lapan lori) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (dua lori).

Ini bermakna, Syabas mendapat bantuan lori air dari negeri-negeri jiran sekeliling. Bantuan lori air yang diperlukan untuk menampung kawasan gangguan air yang agak besar.

40 lori air yang dihantar Syabas membuktikan bahawa, gangguan air di Selangor dan Lembah Kelang sememangnya serius. Perkara ini bukan main-main dan laporan berita yang dikeluarkan oleh TV3 itu adalah benar dan bukan fitnah.

Jadi tuduhan fitnah terhadap laporan berita TV3 adalah tidak benar dan dakwaan yang mengatakan Selangor tidak menghadapi gangguan air adalah sangat mengarut.- Baca Selanjutnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog