pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 9, 2013

Video Eksklusif !!! Masyarakat Cina Kedah Mempertikai Kejujuran Kerajaan Negeri



Pada 30 Dis 2012, Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah mengumumkan akan membangunkan tanah hutan menerusi kaedah usahasama antara syarikat milik kerajaan negeri ( GLC ) dengan persatuan-persatuan Sekolah Agama, Cina dan India.

Di sebalik tawaran berkenaan, masyarakat Cina Kedah melihat ianya merupakan satu tawaran yang mempunyai niat jahat untuk mempergunakan sekolah-sekolah cina sebagai alat perlindung bagi menjalankan aktiviti pembalakan di atas tanah yang hendak di berikan kepada persatuan sekolah Cina.

Setelah balak di ambil Kerajaan Negeri, tanah berkenaan di beri kepada persatuan sekolah Cina dengan bersyarat, hanya pertanian sahaja yang boleh di bangunkan persatuan berkenaan di atas tanah tersebut untuk mendapat sumber kewangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Di sebalik pertanian yang perlu di bangunkan persatuan yang mendapat tanah kosong dari Kerajaan Negeri, persatuan perlu mengeluarkan kos sendiri untuk membangunkan pertanian di tanah yang di beri dengan kerjasama yang perlu di lakukan dengan syarikat kerajaan negeri (GLC) dan keuntungan dari hasil pertanian akan di bahagi kepada 45% keuntungan kepada persatuan, 55% keuntungan kepada syarikat kerajaan negeri (GLC).

Bagi masyarakat Cina sekiranya kerajaan negeri ikhlas mahu membantu sekolah-sekolah Cina, mengapa perlu meminta persatuan untuk melabur membangunkan tanah yang kosong sedangkan untung rugi pelaburan yang di lakukan belum tentu.

Masyarakat Cina Kedah melihat tindakan tawaran yang di berikan kerajaan negeri hanya untuk mendapatkan balak di tanah yang hendak di beri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog